Home » , » Harta pusaka suami bukan hanya milik isteri

Harta pusaka suami bukan hanya milik isteri

Satu lagi kisah masyarakat. Azizah bernikah dengan Azman sepuluh tahun yang lalu. Mereka hanya dikurniakan seorang cahayamata perempuan sahaja yang sedang bersekolah di darjah satu. Pada bulan lepas Azman mengalami serangan jantung hingga menyebabkan kematian beliau. Ibu dan bapa Azman sugul selepas kematian Azman kerana anak mereka itulah yang banyak membantu kehidupan seharian mereka kerana Azman memberi sumbangan tetap kepada mereka setiap bulan. Tetapi setelah kematian Azman, sumbangan tersebut telah terhenti.

amanahraya

Setelah kematian Azman, Azizah pergi ke bank untuk menuntut wang didalam akaun simpanan Azman yang kesemuanya berjumlah lebih 50,000 ringgit. Apabila diminta Surat Kuasa Mentadbir oleh pihak bank, Azizah hampir panik kerana beliau tidak pernah sekali mendengar pekara tersebut. Apabila ditanya mengenai sijil Faraid oleh Pejabat Pesaka Kecil, sekali lagi Azizah tergaman. Azizah hampir putus asa dalam proses untuk menuntut harta pusaka suaminya itu.

Inilah yang selalu terjadi kepada para isteri. Sudahlah ditinggalkan suami, nak menyelesaikan harta suami pula tidak tahu caranya. Sekiranya arwah suaminya telah membuat perancancangan untuk menguruskan harta beliau, susah tentu Azizah tidak dibebankan dengan pekara sebegini.
Disebabkan Azman tidak membuat perancangan dan pengurusan harta, harta beliau adalah tertakluk kepada pembahagian mengikut sistem faraid. Iaitu keseluruhan harta Azman akan diwarisi mengikut nisbah seperti berikut:

Azizah: 3/24 bahagian
Ibu Azman: 4/24 bahagian
Ayah Azman: 5/24 bahagian
Anak perempuan tunggal: 12/24 bahagian
*nisbah bahagian bergantung kepada waris yang hidup pada masa itu

Azizah harus rela dengan ketetapan pembahagian dibawah hukum faraid tersebut walaupun bahagian yang diterimanya adalah sedikit berbanding bahagian yang diperuntukkan kepada ibu dan bapa Azman kerana harta pusaka suami bukan hanya milik isteri.

Walaubagaimanapun sekiranya Azman arif akan pembahagian dalam hukum Faraid, beliau sudah tentu akan melakukan perancangan dan pengurusan harta semasa beliau masih hidup demi anak dan isterinya. Tindakan beliau juga akan menyelamatkan Azizah dari melakukan kesalahan dalam pembahagian harta pusaka.

Rancanglah untuk menguruskan harta pusaka anda hari ini! Pesanan dari En Fir 013 6545 360